Kerajaan MADANI akan terus pelihara keharmonian, perkukuh ekonomi

KUALA LUMPUR, 1 Januari – Kerajaan akan terus memberikan komitmen bagi memastikan keharmonian dalam kepelbagaian kekal menjadi teras kemajuan negara, selain memperkukuh ekonomi demi kesejahteraan rakyat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan mengekalkan komitmen memelihara keharmonian dalam masyarakat majmuk.
  • Fokus memperkukuh ekonomi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.
  • Kerajaan MADANI bergerak ke hadapan dengan keyakinan bersama rakyat.
  • Mengalu-alukan harapan baharu bagi tahun ini sebagai komitmen berterusan.

Menerusi perkongsian di Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan MADANI akan melangkah ke hadapan penuh keyakinan bersama-sama rakyat dalam menyambut harapan baharu pada tahun ini.

“Inilah komitmen Kerajaan MADANI untuk Malaysia. Selamat Tahun Baharu!,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.