Kerajaan tawar gaji setimpal, tarik bakat Malaysia di luar negara

KUALA LUMPUR, 6 Januari — Kerajaan sedang merangka pelbagai inisiatif strategik bagi menarik semula rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara dengan menawarkan gaji yang lebih menarik kepada bakat tempatan.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R Ramanan berkata tumpuan utama ketika ini adalah membina industri bernilai tinggi yang mampu meningkatkan produktiviti ekonomi negara.

Beliau berkata perbandingan gaji di Malaysia dan Singapura adalah tidak adil kerana perbezaan kemahiran kerja, kos sara hidup dan struktur ekonomi kedua-dua negara.

“Ini bukan isu gaji minimum, ini berkaitan highly skilled job (kemahiran tinggi), highly trained job (latihan khusus). Kos hidup mereka pun lebih tinggi (di luar negara) daripada kita jadi memang gaji mereka akan lebih tinggi,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Tambah beliau, kerajaan sedang mengambil beberapa langkah untuk memperbaiki keadaan di dalam negara.

Langkah itu termasuk memperkukuh latihan serta menarik semula bakat Malaysia untuk kembali berkhidmat di tanah air.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.