Kes kematian pakar patologi tiada kaitan dengan buli

PUTRAJAYA, 22 Januari- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menegaskan bahawa kes kematian pakar patalogi di Lahad Datu, Mendiang Dr. Tay Tien Yaa tiada kaitan dengan isu buli.

Beliau berkata menerusi hasil dapatan siasatan pasukan petugas khas berhubung kes itu mengesahkan kematian berkenaan disebabkan faktor tekanan emosi akibat cabaran bekerja di perantauan.

“Saya pasti tidak akan berkompromi dengan apa-apa dakwaan buli. Saya akan tetap menangani isu tersebut dan mengangkat agenda berkaitan buli. Sesiapa yang melakukan perkara ini tidak akan diberi kompromi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas bersama-sama Pengerusi Pasukan Petugas Khas yang menyiasat kes itu, Tan Sri Borhan Dollah di sini.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.