Laluan Warisan Bukit Bendera ditutup sementara akibat tanah runtuh

GEORGE TOWN, 24 Oktober -Laluan Warisan Bukit Bendera ditutup sementara kepada orang awam susulan kejadian tanah runtuh di sebahagian laluan berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Laluan Warisan Bukit Bendera ditutup sementara susulan tanah runtuh.
  • Penutupan dilakukan untuk memastikan keselamatan pengunjung dan pendaki.
  • Pasukan penyelenggaraan PBBPP sedang menjalankan kerja pembersihan di lokasi.
  • Tiada mangsa atau kecederaan dilaporkan; pemantauan berterusan dijalankan PBBPP.

Menurut kenyataan Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP), langkah penutupan itu diambil bagi memastikan keselamatan pengunjung dan pendaki.

“Pasukan penyelenggaraan PBBPP sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi tersebut.

Pendaki dan pengunjung dinasihatkan untuk tidak menggunakan laluan ini sehingga dimaklumkan kelak,” menurut PBBPP.

Kenyataan itu turut memaklumkan, insiden tidak melibatkan mangsa dan tiada kecederaan dilaporkan.

PBBPP akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan pengunjung sentiasa terjamin.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.