Lelaki maut dalam kebakaran rumah di Sitiawan

SITIAWAN, 25 September– Seorang lelaki maut, manakala tujuh lagi selamat dalam kebakaran di sebuah rumah di Taman Muhibbah 2, Sitiawan, Perak, awal pagi tadi.

Mangsa dikenali Muhammad Khairul Ridzuan Muhamad Taib, 46 tahun ditemukan meninggal dunia di bahagian ruang tamu rumah berkenaan. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian sekitar 2.40 pagi.

Kebakaran mengakibatkan sebuah rumah teres satu tingkat yang musnah 60 peratus.

Operasi pemadaman api tamat pukul 5.16 pagi.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.