Lorong Seni Seremban diiktiraf Malaysia Book of Records

SEREMBAN, 14 Disember – Majlis Bandaraya Seremban (MBS) terus mencipta sejarah apabila Lorong Seni Seremban di pusat bandar Seremban sepanjang 1 kilometer diiktiraf sebagai Lorong Seni Terpanjang di Malaysia oleh Malaysia Book of Records.

Menurut Datuk Bandar MBS, Datuk Ir. Ts. Masri Baharuddin, projek yang bermula sejak 2019 itu melibatkan kos RM2.5 juta dan menampilkan lebih 50 mural.

Ia sekali gus mengubah lorong belakang bandar kepada ruang awam yang selamat, selesa dan berkonsepkan seni bandar.

“Ini menjadikan Seremban ini satu bandar raya yang meriah. Itu yang kita harap supaya lorong ini pada suatu ketika nanti dapat digunakan khas untuk peniaga-peniaga dan pengunjung sahaja,” katanya di sini.

Kejayaan tersebut diperkukuh dengan pengiktirafan antarabangsa apabila Lorong Seni Seremban memenangi ‘International Green Apple Award 2025’ bagi dua kategori, sekali gus mengangkat Seremban sebagai destinasi seni dan pelancongan menjelang Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.