Niaga hadapan emas ditutup rendah

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 22 Jun- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas Pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell membayangkan akan ada lebih banyak kenaikan kadar faedah bagi menangani inflasi.

Nota penyelidikan runcit RHB berkata niaga hadapan emas New York Comex rendah pada Rabu disebabkan penurunan harga masih kekal dalam kawalan, harganya merosot US$2.80 untuk ditutup lebih rendah pada US$1,944.90 yang mana ia diniagakan menghampiri paras terendah sebulan.

Logam berharga itu bermula pada paras US$1,948 tetapi jatuh ke paras terendah sehari pada US$1,929.30 sebelum melantun semula dan ditutup pada US$1,944.90.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2023 susut kepada US$1,932.50 setiap troy auns daripada US$1,937.30 setiap troy auns semalam.

Kontrak untuk Julai 2023, Ogos 2023, September 2023 dan Oktober 2023 masing-masing ditutup pada US$1,941.4 setiap troy auns.

Jumlah dagangan jatuh kepada 24 lot daripada 35 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka merosot kepada 62 kontrak daripada 90 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$1,925.65 setiap troy auns seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 21 Jun. – BERNAMA

(Niaga hadapan emas ditutup rendah)

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.