P.Pinang siap sedia hadapi banjir akibat Monsun Timur Laut

GEORGE TOWN, 29 November – Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir susulan Monsun Timur Laut yang sedang melanda negara.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata walaupun tiada kejadian banjir direkodkan setakat ini, pelbagai persiapan telah dijalankan sepanjang tahun untuk memastikan negeri berada dalam keadaan siap siaga.

“Khususnya di kawasan hotspot banjir, penduduk diminta sentiasa berwaspada dan bersedia untuk berpindah jika diarahkan. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri akan mengetuai usaha ini.

“Setakat ini, tiada laporan kejadian banjir di mana-mana daerah di Pulau Pinang, namun semangat kesiapsiagaan tetap diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan George Town Literary Festival 2024, di sini.

Terdahulu, pada 15 September lalu, Pulau Pinang mencatatkan lebih 700 penduduk terjejas akibat banjir, dengan 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.