KUALA LUMPUR, 6 Januari – ILHAM Centre menegaskan bahawa pembentangan Mujibu Muis pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO Malaysia, 3 Januari lalu, merupakan pandangan peribadi beliau.
Pengarah Eksekutif ILHAM Centre, Hisommudin Bakar dalam satu kenyataan memaklumkan, pembentangan berkenaan tidak mewakili dapatan rasmi, pendirian institusi atau analisis berasaskan data ILHAM Centre.
“Segala maklumat, interpretasi dan kesimpulan yang dikemukakan dalam pembentangan tersebut adalah di bawah tanggungjawab penuh pembentang dan tidak boleh dianggap sebagai laporan, kajian atau kenyalaan rasmi daripada ILHAM Centre.
“Bagaimanapun, ILHAM Centre menghormati kebebasan bersuara sen eoelbagaian pandangan akademık dan analitkal vang disuarakan olen para pane
jemputan dalam mana-mana platform wacana ilmiah,” menurut kenyataan itu.
Namun, sebarang rujukan kepada dapatan rasmi ILHAM Centre hanya sah apabila dikeluarkan melalui saluran komunikasi rasmi institusi, termasuk laporan, kenyataan media atau pembentangan yang diberi mandat secara rasmi oleh pihak pengurusan badan penyelidikan itu.