Pengekalan kadar tol bukti kesungguhan, keprihatinan kerajaan

KUALA LUMPUR, 3 Januari – Lebih 170,000 pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) menerima manfaat susulan keputusan kerajaan mengekalkan kadar tol bagi tahun 2026 yang diumumkan baru-baru ini.

Rata-rata pengguna lebuh raya yang ditemui menyifakan keputusan tersebut sebagai bukti kesungguhan dan keprihatinan kerajaan agar bebanan kos sara hidup rakyat terjamin.

“Selalu ulang-alik hantar anak dari Cyberjaya ke Bukit Jalil. Legalah, sebab kos memang tinggi sekarang, jika ia sesuatu yang menarik, baguslah,” kata pengguna, Divania Gendsen.

“Kalau sebulan itu dua tiga kali jugalah kita ‘top up’ RM100 lebih, kadang-kadang lebih. Setakat ini, oklah kalau tidak dinaikkan,” kata pengguna, Norzila Mastura Ramli.

“Selalu, keluar rumah sahaja terus naik tol. Alhamdulillah, saya rasa bersyukur sebab kita pengguna lebuh raya setiap hari. Saya sambut baik usaha kerajaan mengekalkan harga tol tanpa sebarang kenaikan,” kata pengguna, Sharifah Zurina Nordin.

“Setakat ini, alhamdulillah kerana saya sudah menganggar perbelanjaan bulanan daripada gaji, jadi tiada kenaikan tidak membebankan dan saya boleh mengekalkannya,” kata pengguna, Ezartila Abd Hakim.

“Tidak naik itu satu kelegaan, jadi saya tidak perlu menambahkan lagi kos untuk tol itu sendiri,” kata pengguna, Faiz Daud.

Selain lebuh raya berkenaan, lebuh raya lain yang terlibat termasuklah Lebuhraya Cheras-Kajang (GRANDSAGA), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah serta Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB).

ARTIKEL BERKAITAN: 

Share
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.