
PULAU INDAH, 12 Julai- Pengerusi Westports Holdings Bhd (Westports Holdings) Tan Sri Gnanalingam Gunanath Lingam meninggal dunia pada usia 78 tahun.
Pemergian itu satu kehilangan besar kepada Westport Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Westport Malaysia Eddie Lee Min Tat yang ditemui pemberita berkata, “29 tahun lalu mendiang mengubah Pelabuhan Klang menjadi pelabuhan mega di dunia, terbesar di Malaysia,
kedua terbesar di Asia Selatan dan ke-12 terbesar di pelabuhan. Ya… Saya rasa mendiang mencipta Westport.
“Sekarang terdapat seramai 5,007 pekerja. Mendiang membawa inspirasi yang sangat baik kepada kepimpinan. Mendiang juga mentor yang baik,” katanya.
Mendiang meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
(Mendiang Gnanalingam Gunanath Lingam)