Penubuhan RCI penting, berkait kedaulatan Raja-Raja Melayu

PUTRAJAYA, 24 Januari– Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) membabitkan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, disifatkan penting.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata penubuhan RCI tersebut melibatkan isu sempadan yang menyentuh kedaulatan Raja-Raja Melayu.

“Penting saya sebutkan di sini cadangan bagi keanggotaan RCI akan disembah maklum untuk perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Maka dari segi komposisi keaggotaan bagi Suruhanjaya Diraja ini kita boleh nantikan setelah diperkenan”, katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Khas Pasca-Mesyuarat Jemaah Menteri di Kementerian Komunikasi di Putrajaya pada Rabu.

Hey there! Ask me anything!