KUALA LUMPUR, 7 Januari – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memohon doa seluruh rakyat Malaysia supaya setiap pertemuan dan perbincangan sepanjang lawatannya ke Turkiye memberikan hasil yang bermakna untuk rakyat dan negara.
Menerusi perkongsian di Facebook, Datuk Seri Anwar memaklumkan telah tiba di Turkiye bagi memulakan lawatan rasmi tersebut.
“Alhamdulillah, selamat tiba di Ankara, Republik Turkiye bagi memulakan lawatan rasmi atas undangan sahabat baik saya, Presiden Recep Tayyip Erdoğan,” katanya.
Terdahulu, pesawat khas yang membawa Datuk Seri Anwar diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboga pada pukul 7.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
ARTIKEL BERKAITAN: