PM lega Malaysia diberi penangguhan tarif

PUTRAJAYA, 10 April- Malaysia antara negara yang diberikan penangguhan tarif import, satu keputusan yang disambut baik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, penangguhan itu memberikan kelegaan kepada Malaysia.

“Malaysia terlibat, melegakan sebentar,” katanya ringkas.

Anwar ditemui media dalam Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof.

Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan penundaan pelaksanaan tarif import selama 90 hari terhadap kira-kira 60 negara mitra dagang AS.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.