PM ucap tahniah kejayaan PPUM laksana pemindahan hati bayi empat bulan

KUALA LUMPUR, 4 Januari – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan perubatan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) atas kejayaan bersejarah melaksanakan prosedur pemindahan hati ke atas seorang bayi berusia empat bulan dengan berat 6.2 kilogram.

Menurut beliau, kejayaan tersebut mencerminkan tahap kepakaran, profesionalisme serta dedikasi tinggi warga kesihatan negara, khususnya dalam mengendalikan prosedur perubatan yang amat kompleks dan berisiko tinggi.

“Tahniah kepada pasukan perubatan PPUM atas kejayaan bersejarah melaksanakan pemindahan hati kepada bayi berusia empat bulan seberat 6.2 kilogram,” kata beliau dalam satu hantaran di platform media sosial X, hari ini.

PPUM berjaya melakukan pembedahan pemindahan hati terhadap seorang bayi lelaki berusia empat bulan pada November lepas, sekali gus membuktikan Malaysia memiliki kepakaran bertaraf dunia.

Share
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.