Polis keluarkan 12,437 saman pada Ops Ambang Tahun Baharu

KUALA LUMPUR, 1 Januari – Sejumlah 12,437 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dikeluarkan polis menerusi Ops Ambang Tahun Baharu 2026 yang dijalankan di seluruh negara bermula pukul 9 malam semalam hingga 2 pagi hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis menyita 390 kenderaan dan menahan 25 individu bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
  • 20 ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952; tiga bawah Kanun Keseksaan; tiga lagi bawah akta lain.
  • 2,787 anggota polis terlibat, termasuk 327 pegawai kanan, bekerjasama dengan beberapa agensi luar.
  • Operasi dijalankan di 240 lokasi seluruh negara untuk pastikan keselamatan dan kelancaran trafik sempena ambang tahun baharu.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, pihak polis turut menyita 390 kenderaan dan menahan 25 individu mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Turut ditahan 20 individu mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala tiga individu ditahan di bawah Kanun Keseksaan dan tiga lagi di bawah lain-lain akta,” kata beliau satu dalam kenyataan, hari ini.

Seramai 327 pegawai kanan dan 2,460 pegawai rendah polis terlibat dalam operasi tersebut dengan kerjasama beberapa agensi luar.

Antara agensi yang terlibat ialah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membabitkan 258 anggota, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) (80), Jabatan Alam Sekitar (JAS) (70), Jabatan Imigresen Malaysia (58), konsesi lebuh raya (54) serta pihak berkuasa tempatan (lapan).

Datuk Seri Mohd Yusri berkata operasi tersebut dilaksanakan di 240 lokasi seluruh negara bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik sepanjang sambutan ambang tahun baharu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.