PPS, Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah Maran ditutup

MARAN, 3 Januari- Pusat pemindahan sementara (PPS) di Balairaya Kampung Baru Pertanian di Maran, Pahang ditutup pukul 7.54 malam tadi kata Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Maran.

“PPS yang dibuka sejak 28 Disember lalu itu, sebelum ini menempatkan tujuh penduduk daripada dua keluarga terjejas,” katanya.

Susulan penutupan PPS terakhir di daerah Maran berkenaan, Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah juga ditutup secara rasminya pada 8.30 malam tadi.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.