Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI, kesihatan awam diutamakan – Fahmi

KUALA LUMPUR, 4 Disember- Aspek keselamatan dan kesihatan awam akan diutamakan pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI hujung minggu ini.

Jelas Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, pihaknya akan sentiasa merujuk arahan dan nasihat dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung penularan COVID-19.

“Waktu ini keadaan masih terkawal, tetapi penting saya menyatakan sebenarnya bagi program 8 Disember hingga 10 Disember ini lebih bersifat pameran untuk rakyat datang, mendapatkan perkhidmatan dan mengetahui kejayaan yang telah diusahakan Kerajaan Perpaduan,” kata Fahmi kepada pemberita di sini.

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI berlangsung Jumaat hingga Ahad ini di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.