Projek Cari Gali Air Bawah Tanah di Ladang Gambang dijangka beroperasi 2027

KUANTAN, 6 Januari – Projek Cari Gali Sumber Air Bawah Tanah di tanah milik Yayasan Pahang seluas 74 ekar di Ladang Gambang, Kuantan dijangka beroperasi pada Februari 2027.

Projek pelaburan berjumlah RM20 juta dilaksanakan di bawah syarikat Bubbles 02 Sendirian Berhad.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek tersebut dijangka akan diperluaskan ke Pahang Barat dalam masa terdekat.

Beliau berkata projek tersebut akan melonjakkan lagi ekonomi negeri Pahang, selain dapat mewujudkan lebih 100 peluang pekerjaan daripada penduduk setempat.

“Kerajaan negeri seperti mana yang saya katakan kita akan memberi kerjasama pada mana-mana pelabur yang ingin melabur di negeri Pahang dan ini sebagai contohnya dalam tempoh lebih kurang 12 bulan, setahun ianya telah dapat direalisasikan”, katanya.

Pengeluaran air bawah tanah itu dijangka mencapai kapasiti sehingga 14 juta botol setahun, dengan pengeluaran sulung dijangka bermula dalam tempoh enam bulan dari sekarang.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pecah Tanah Cari Gali Sumber Air Bawah Tanah Bubbles O2 Sdn Bhd di Tanah Milik Yayasan Pahang seluas 74 ekar di Gambang, Kuantan.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.