Ribut petir, hujan lebat di lima negeri hingga 8.00 pagi ini

PETALING JAYA, 3 Mei – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sehingga 8.00 pagi ini.

METMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan, kawasan di Perak yang dijangka terjejas adalah Manjung dan Bagan Datuk, Selangor melibatkan Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Manakala, Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Port Dickson dan Rembau, Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian) dan seluruh negeri Melaka.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran”, menurut kenyataan itu.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.