RM20 juta diperuntuk MARA Perlis giat program keusahawanan

KANGAR, 12 Julai- Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Perlis memperuntukkan RM20 juta tahun ini bagi melaksanakan pelbagai program keusahawanan bagi melahirkan usahawan berdaya maju di Perlis.

Peruntukan berkenaan disasarkan untuk memberi manfaat kepada 1,200 usahawan dalam pelbagai bidang.

Menurut Pengarah MARA Negeri Perlis Mohd Azam Jamaluddin, sehingga Jun lalu sebanyak RM8 juta telah disalurkan kepada 1,056 usahawan bagi kemudahan pembiayaan, penyediaan latihan dan pengembangan perniagaan termasuk program pendigitalan perniagaan.

Kebanyakan mereka berjaya mengurus serta mengembangkan perniagaan masing-masing.

“Kita punya fokus utama kita adalah usahawan lepasan Institut Pendidikan MARA seperti GiatMARA, Institut Kemahiran MARA (IKM) dan lain-lain. Ia disebabkan mereka ini mempunyai kemahiran yang tertentu.

“Kita ambil dia mereka untuk kita perkukuhkan lagi untuk menjadikan usahawan berjaya terutamanya memartabatkan keusahawanan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
dan juga program-program usahawan yang lain,” katanya kepada media dalam Majlis Perasmian Penutup Kursus Pemasaran Digital Usahawan Mobilepreneur GiatMARA Negeri di sini.

(Mohd Azam Jamaluddin (tengah))

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.