RTM terima Anugerah Media Kolaborasi Lintas Platform

LANGKAWI, 22 Oktober- Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerima Anugerah Media Kolaborasi Lintas Platform bersempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2024 Peringkat Kebangsaan di Langkawi, Kedah, malam tadi.

Ia atas liputan di pelbagai platform media termasuk lokasi, saluran berita televisyen, laman sesawang, dan slot-slot televisyen.

Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin berkenan menyampaikan anugerah kepada Pengarah Penyiaran Kedah, Nur Hafizoh Idris, yang mewakili RTM.

RTM membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 berserta sijil penghargaan.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.