RUU Perkhidmatan Parlimen, DUN penting untuk pengasingan kuasa

KUCHING, 13 September – Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen dan RUU Perkhidmatan Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat perlu bagi memartabatkan doktrin pengasingan kuasa antara badan perundangan dan badan eksekutif.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr. Johari Abdul berkata penggubalan itu adalah salah satu daripada sembilan resolusi dan cadangan kepada kerajaan dalam usaha mereformasikan peranan Parlimen dan DUN.

“Insya-Allah, setiap speaker akan membawa resolusi ini ke dewan masing-masing dan membincangkannya dengan pemerintah, mengumumkan bahawa ini adalah resolusi yang telah dicapai dalam persidangan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis perasmian Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia, di sini.

Tambah Johari, langkah itu juga bertujuan memastikan speaker hanya menumpukan kepada tugas dalam sidang Parlimen dan DUN sahaja, tanpa terlibat sebagai setiausaha dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Hey there! Ask me anything!