Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 platform penting tangani perang dagang global

KUALA LUMPUR, 24 Oktober -Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 menjadi platform penting bagi membincangkan kesan perang dagang global terhadap ekonomi rantau ini, khususnya Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sidang kemuncak ASEAN ke-47 jadi platform penting tangani kesan perang dagang global ke atas ekonomi rantau.
  • Perpecahan perdagangan AS-China memberi impak langsung kepada pertumbuhan ekonomi dan kestabilan Malaysia.
  • Kerjasama blok ASEAN dipandang lebih berkesan daripada tindakan bersendirian oleh negara anggota.
  • Tumpuan sidang pada sektor teknologi tinggi, termasuk semikonduktor, sebagai sektor teras ekonomi negara.

Ketua Pegawai Eksekutif ISRA Consulting, Prof Madya Dr Mohamed Eskandar Shah Mohd Rasid berpendapat, konflik perdagangan antara kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) dan China telah memberi kesan langsung kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Malah, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dilaporkan merosot hampir satu peratus tahun ini.

“Walaupun penurunan itu kelihatan kecil, nilai sebenar yang hilang adalah besar. Sebagai negara dagang, Malaysia amat bergantung kepada kestabilan ekonomi global.

Perang dagang ini lebih banyak membawa kesan negatif daripada positif. Melalui platform ASEAN, Malaysia boleh memainkan peranan penting untuk menyuarakan kepentingan rantau secara bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Grandstand ASEAN di Angkasapuri Kota Media, hari ini.

Beliau menegaskan, Sidang Kemuncak kali ini menjadi medan diplomasi penting bagi memperkukuh suara ASEAN dalam berdepan kuasa besar dunia.

Katanya, kerjasama sebagai blok serantau akan memberi impak lebih besar berbanding tindakan secara individu oleh negara anggota.

Tumpuan sidang juga dijangka terarah kepada sektor teknologi tinggi seperti semikonduktor yang menjadi antara sektor teras ekonomi negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.