Situasi banjir di Segamat tidak banyak berubah

SEGAMAT, 4 Januari – Situasi banjir di Segamat, Johor, tidak banyak berubah apabila seramai 85 penduduk daripada 25 keluarga dilaporkan masih terjejas setakat pukul 10 pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam kenyataan memaklumkan angka tersebut tidak menunjukkan perubahan sejak pukul 8 malam tadi.

Mereka kini berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi sekitar kawasan Jementah dan Buloh Kasap.

PPS Balairaya Kampung Batu Badak memuatkan paling ramai penduduk terjejas dengan 36 orang, disusuli PPS Dewan Serbaguna Kampung Tandong dengan 17 orang.

Manakala Dewan Serbaguna Kampung Tasek memuatkan 15 orang, Balairaya Kampung Sanglang, 14 dan Balairaya Kampung Paya, tiga.

Tiada amaran hujan lebat atau ribut petir diramalkan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.