Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas di Caracas

KUALA LUMPUR, 3 Januari – Tiada laporan mengenai rakyat Malaysia yang terjejas susulan insiden keselamatan di Caracas, Venezuela, pada awal Sabtu.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya sedang memantau rapi perkembangan yang berlaku di Caracas.

“Kementerian sedang aktif mendapatkan maklumat terkini bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia kekal menjadi keutamaan kami. Kami akan terus memantau keadaan dan memberikan maklumat lanjut jika perlu,” menurut kenyataan itu.

Menurut laporan media antarabangsa Venezuela mengisytiharkan darurat susulan serangan udara yang menyasarkan ibu negara, Caracas.

Sementara itu Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menerusi hantaran Truth Social mendakwa bahawa Presiden Venezuela Nicolas Maduro, bersama isterinya, telah ditahan dan diterbangkan keluar dari negara itu susulan serangan AS ke atas Venezuela.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.