Tun Mahathir dirawat di IJN selepas terjatuh

KUALA LUMPUR, 6 Januari- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN)  di sini sekitar pukul 9.30 pagi selepas terjatuh di kediamannya awal pagi.

Setiausaha Akhbarnya, Sufi Yusoff yang mengesahkan perkara itu memaklumkan Tun Dr Mahathir kini berada bawah pemantauan rapi pasukan perubatan.

Menurutnya, keadaan kesihatan pemimpin berusia 100 tahun sedang dipantau dari semasa ke semasa.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut berhubung tahap kecederaan beliau.

Terdahulu, Suffi memaklumkan kepada AFP bahawa Tun Dr Mahathir terjatuh ketika bergerak dari satu bahagian di balkoni rumah untuk ke ruang tamu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.