UMNO tidak mahu ulang kesilapan lama dalam kerjasama politik

PUTRAJAYA, 6 Januari – UMNO berpendirian untuk tidak mengulangi kesilapan lalu dalam menjalin sebarang bentuk kerjasama politik, khususnya dengan pihak yang pernah mengkhianati kepercayaan sebelum ini.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu tidak mahu kesilapan sama berulang, meskipun pelbagai cadangan dikemukakan berhubung kerjasama politik ketika ini.

“Kita tidak mahu bernostalgia menggunakan apa-apa nama yang pernah dicadangkan dahulu dan kita belum memutamadkannya lagi. Itu sebabnya perincian penting kerana kita tidak mahu dipatuk oleh ular yang sama bagi kali yang kedua di tempat yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan menghidupkan semula kerjasama UMNO dengan PAS bawah payung Muafakat Nasional (MN).

Menurut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, perkara itu antara isu yang dibincangkan dalam Mesyuarat Biro Politik UMNO yang berlangsung semalam (Ahad).

Terdahulu, cadangan menghidupkan semula MN dibangkitkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, susulan perkembangan politik semasa di Perlis, yang turut mendapat reaksi daripada kepimpinan PAS.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.