Isu Kedudukan MIC: Perbincangan bersama selepas PRN Sabah

MEMBAKUT, 18 November– Barisan Nasional (BN) akan mengadakan perbincangan bersama kepimpinan tertinggi MIC selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

RINGKASAN BERITA AI
  • BN akan mengadakan perbincangan dengan pimpinan tertinggi MIC selepas PRN Sabah untuk menjernihkan isu kedudukan parti.
  • Objektif rundingan ialah menyelesaikan salah faham supaya persahabatan lama dalam gabungan tidak terjejas.
  • Kontroversi tercetus selepas perwakilan MIC sebulat suara sokong resolusi keluar dari BN pada Perhimpunan Agung ke-79.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perbincangan itu diharap dapat menjernihkan sebarang kekeliruan atau salah faham berkaitan kedudukan parti berkenaan dalam gabungan tersebut.

“Jika terdapat sebarang salah faham atau perkara yang perlu diperjelaskan dan diselesaikan, adalah lebih baik kita membawanya ke meja rundingan bersama-sama agar persahabatan yang telah lama terjalin tidak terjejas begitu sahaja.”

Kontroversi mengenai masa depan MIC dalam BN timbul selepas para perwakilan pada Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-79 di Shah Alam baru-baru ini sebulat suara menyokong resolusi untuk meninggalkan gabungan itu.

Share
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.