PRK KKB: lebih 600 polis, pasangan undi awal

KUALA KUBU BAHARU, 7 Mei- Seramai 625 pegawai dan anggota polis serta pasangan mereka akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) hari ini.

Tinjauan RTM mendapati 21 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah berada di Maktab Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kuala Kubu Baharu.

Pusat mengundi membabitkan dua saluran telah dibuka pada pukul 8.00 pagi sehingga pada pukul 5.00 petang nanti.

Terdahulu, SPR menetapkan hari pengundian bagi PRK tersebut pada 11 Mei.

PRK KKB merupakan PRK ketujuh yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada 2022.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.