KUCHING, 17 Ogos- Sarawak mendominasi acara tenpin boling wanita Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 apabila menambah satu lagi pingat emas menerusi gandingan Nur Hazirah Ramli-Lavinia Kho berlangsung di Megalanes Sarawak,semalam (Jumaat).
Pada saingan berkenaan dua wakil Sarawak itu tidak berdepan masalah untuk mengekalkan rentak baik sepanjang permainan.
Itu juga adalah emas ketiga peribadi Nur Hazirah dalam kategori sama sejak penampilan edisi 2018 di Perak bergandingan dengan Gillian Lim dan 2022 bersama Lavinia.
Pingat perak menjadi milik gandingan dari Selangor, manakala beregu wanita Johor melengkapkan podium di tempat ketiga.