DBKL HT gah di persada liga

PUTRAJAYA, 18 September – Skuad wanita DBKL HT meraih kemenangan bergaya selepas menewaskan pasukan Politeknik dengan keputusan 6-0 dalam aksi LIGA Hoki Dalam Dewan Malaysia 2024.

Saingan yang berlangsung di Arena Sukan IOI City Mall itu menyaksikan pasukan DBKL tidak berdepan masalah untuk mendominasi permainan.

Kemenangan itu membolehkan pasukan tersebut mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu liga ketika ini.

Selepas ini DBKL HT dijadual bertemu pencabar terdekatnya Malaysia University malam ini.

Saingan Liga Hoki Dalam Dewan Malaysia 2024 yang berlangsung sejak Sabtu lalu bakal melabuhkan tirainya pada 21 September ini.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.