Djokovic tarik diri daripada kejohanan Adelaide, fokus Grand Slam

MELBOURNE, 6 Januari – Novak Djokovic, menarik diri daripada kejohanan Terbuka Australia di Adelaide minggu hadapan bagi memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi Grand Slam pertama musim ini di Melbourne Park.

Beliau yang pernah menjuarai Adelaide International pada 2023, mengumumkan keputusan tersebut menerusi satu kenyataan di media sosial.

Djokovic dijadualkan memburu kejuaraan Terbuka Australia ke-11 miliknya serta gelaran Grand Slam ke-25 di Melbourne Park.

Kejohanan Terbuka Australia akan berlangsung dari 18 Januari hingga 1 Februari.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.