LTdL 2024 kembali ke Langkawi

KUALA LUMPUR, 24 Januari – Perlumbaan Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi ke-28 akan kembali ke Pulau Langkawi selepas dikeluarkan tahun lalu.

Ketua Pegawai Operasi (COO) LTdL 2024, Emir Abd Jalal mengesahkan perkara berkenaan dengan perlumbaan peringkat pertama akan bermula di pulau legenda Mahsuri itu.

Beliau berkata, ketika ini pihaknya sedang membuat tinjauan berkenaan laluan di Semenanjung berkenaan laluan dilalui pelumba selepas Langkawi.

Selain itu katanya bilangan peringkat perlumbaan berkemungkinan kekal kepada lapan peringkat disebabkan kekangan kos.

Edisi tahun ini dijadual berlangsung dari 29 September hingga 6 Oktober.

Pada edisi tahun lalu, sebanyak 22 pasukan yang merangkumi dua pasukan berstatus WorldTeam mengambil bahagian.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.