Naik taraf fasiliti sukan Selangor catat 80 peratus

KUCHING, 7 Januari – Prasarana sukan di Selangor mencatatkan kemajuan 80 peratus menjelang temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 kali ke-22 yang akan berlangsung di Selangor pada 15 hingga 24 Ogos depan.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata, antara prasarana yang mengalami naik taraf besar-besaran adalah pusat akuatik dan lapang sasar menembak.

“Kita menjangkakan dalam bulan April akan siap sepenuhnya proses naiktaraf segala kemudahan dan fasiliti kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas melakukan kunjungan di Pejabat Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah di sini.

Pihaknya juga telah membuka pendaftaran sistem pengurusan sukan (GMS)sehingga 13 Februari depan bagi membolehkan setiap negeri menghantar permohonan sukan secara bersistem.

Majlis perasmian SUKMA Selangor diadakan di Litar Sepang kerana proses naik taraf Stadium Shah Alam sedang dilakukan selain memberi kelainan pada pembukaan temasya itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.