Pendapatan Messi AS$20.4 juta

WASHINGTON, 25 Oktober– Bintang Argentina, Lionel Messi memperoleh pendapatan lebih tinggi berbanding semua pemain di 22 daripada 28 kelab saingan Major League Soccer (MLS).

Pemain Inter Miami itu menerima gaji sebanyak AS$20.4 juta sebagai pemenang saingan musim ini, tidak termasuk bayaran penajaan.

Inter Miami membelanjakan AS$41.7 juta untuk persediaan pasukan, mengatasi Toronto dengan AS$31.8 juta.

LA Galaxy dan LAFC pula masing-masing memperuntukkan AS$22.1 juta dan AS$22 juta mempersiap pasukan mencabar kejuaraan 2024.

Selain dua pasukan itu, hanya tiga pasukan di MLS yang membelanjakan lebih berbanding pendapatan diperoleh Messi iaitu Cincinnati, Houston dan Nashville.-BERNAMA-dpa

Hey there! Ask me anything!