Sarawak nekad pertahan kejuaraan pada SUKMA 2026

KUCHING, 7 Januari – Sarawak akan mempertahankan kejuaraan dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 kali ke-22 yang akan berlangsung di Selangor pada 15 hingga 24 Ogos depan

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Sarawak akan mempersiapkan atlit-atlit terbaik selain menghantar kumpulan kontinjen terbesar pada edisi kali ini.

“Ujian sebenar adalah apabila kita berkunjung ke tempat lain. Bertanding di luar negeri merupakan ujian kepada peserta. Sekiranya berjaya mempertahankan kejuaraan, itu baru dikatakan betul-betul jaguh,” katanya.

Datuk Seri Abdul Karim berkata demikian dalam sidang media selepas menerima Kunjungan Hormat Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor Mohd Najwan Halimi ke Sarawak di pejabatnya di sini hari ini.

Kunjungan Mohd Najwan ke Sarawak bersempena dengan temasya SUKMA ke-22 dan Para SUKMA Selangor 2026.

Majlis perasmian SUKMA Selangor akan diadakan di Litar Sepang dan sebanyak 37 acara sukan akan dipertandingkan bagi merebut 474 pingat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.