Stefano Pioli dilantik jurulatih baharu Al-Nassr

RIYADH, 19 September – Bekas pengendali Kelab AC Milan, Stefano Pioli dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Al-Nassr.

Pengumuman itu disahkan kelab Liga Pro Saudi itu.

Bagaimanapun Al-Nassr tidak mendedahkan butiran mengenai kontrak baharu Stefano Pioli.

“Pioli kini adalah Nassrawi. Kami mengalu-alukan kedatangan Stefano Pioli sebagai pengendali baharu,” kata Al-Nassr di laman X.

Untuk rekod musim ini, Al-Nassr yang dibintangi Cristiano Ronaldo menamatkan kontrak pengendali dari Portugal, Luis Castro selepas permulaan musim yang hambar.

Tugas pertama Pioli akan bertandang ke laman Al-Ettifaq kendalian Steven Gerrard esok. – REUTERS

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.