Sukma 2024: Sabah buru tiga mata berharga

SIBU, 15 Ogos – Skuad bola sepak lelaki Sabah menjanjikan aksi terbaik menentang Terengganu, esok dalam usaha untuk menempah slot ke pusingan seterusnya.

Ketika ini Sabah menghuni di kedudukan kedua Kumpulan B berkongsi tiga mata dengan pendahulu Johor selepas satu perlawanan berlangsung.

Jurulatih Sabah, Jelius@Tabias Anting berkata pasukannya perlu berhati-hati apabila berdepan Terengganu kerana pasukan tersebut mempunyai kelebihan tersendiri.

“Kami cuma memikirkan dari satu perlawanan ke satu perlawanan kerana kami datang ke sini bukan merupakan satu pasukan pilihan, kami dikategorkan dalam Kategori B, namun apa pun kami membawa satu cabaran yang besar untuk negeri Sabah dan kami berusaha melakukan yang terbaik,” katanya.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.