TFC rombak pasukan, kontrak Gabriel Silva tidak disambung

KUALA TERENGGANU, 4 Januari – Terengganu FC (TFC) mengumumkan menamatkan kontrak pemain sayap import Gabriel Silva atau lebih mesra dengan panggilan Gabi berkuat kuasa 1 Jan 2026

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) Sheikh Farouk Sheikh Mohamed Al-Bajrai berkata pihaknya mencapai persetujuan bersama untuk penamatan kontrak pemain kelahiran Brazil itu mengikut undang-undang serta peraturan.

Beliau berkata keputusan itu diambil bagi memperkemas dan memperkukuh prestasi kelab dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia yang bakal bermula tidak lama lagi.

“TFC ingin mengumumkan kelab ini dan Gabi telah mencapai persetujuan untuk penamatan kontrak lebih awal sebelum tamat musim 2025/2026,” katanya dalam kenyataan hari ini.

TFC ketika ini menduduki tangga kelima Liga Super di belakang Kuala Lumpur City FC selepas mengumpul 18 mata daripada 13 perlawanan. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.