Usia bukan halangan, Venus Williams sasar kejayaan di Terbuka Australia

Auckland, 4 Januari – Juara tujuh kali Grand Slam, Venus Williams menegaskan beliau masih mempunyai semangat tinggi untuk beraksi walaupun kini berusia 45 tahun.

Pemain dari Amerika Syarikat itu bakal mencipta sejarah sebagai pemain wanita tertua beraksi di Terbuka Australia yang juga saingan pembuka musim sebagai pemain wildcard.

Williams menegaskan, matlamat utamanya kini adalah untuk menikmati permainan dan memberi tentangan sengit dalam kejohanan berkenaan.

“Salah satu matlamat saya adalah untuk berasa gembira dan perlu bersedia hadapi cabaran kerana itulah perkara yang mampu dilakukan oleh seorang juara.”

“Jika saya mahu kekal cergas, saya perlu terus bermain.” katanya.

Williams yang pernah menjuarai Wimbledon sebanyak lima kali mara ke final perseorangan Terbuka Australia pada 2003 dan 2017, selain memenangi empat gelaran beregu bersama adiknya, Serena Williams.

Kejohanan terakhirnya adalah di Terbuka Amerika Syarikat pada Ogos lalu selepas kembali beraksi susulan rehat selama 16 bulan.

Beliau akan memulakan persiapan melalui kejohanan pemanas badan di Auckland dan Hobart sebelum menghadapi Terbuka Australia yang berlangsung dari 18 Januari hingga 1 Februari. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.